Monday 23 July 2012


LATIHAN   : KATA NAMA KHAS

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1.         Pemenang program realiti TV 10  telah menerima sebuah kereta ________ .
            A  Sony                                   C  Gen 2
            B  Nokia                                  D  Dell

2.         Kes pembunuhan berprofil tinggi itu telah diketuai oleh ________ .
A  Mejar Amran                      C  Inspektor Haris
B  Hakim Saljit Singh             D  Peguam Bala

3.          Jam tangan berjenama ________ telah dihadiahi oleh Datuk Kamal    kepada kepada anak kesayangannya.
            A  Pilot                                    C  Darlie
            B  Rolex                                  D  Satria

4.         Pada hari minggu ayah membawa kami ke ________ untuk membeli belah.
            A  Pasar Raya Tesco               C  Hotel Perdana
            B  Stesen KLIA                      D  Bangunan Petronas

5.         Khazanah purba negara banyak tersimpan di ________ .
            A  Masjid Negara                    C  Taman Negara
            B  Zoo Negara                                    D  Muzium Negara

6.         Murid-murid menghadiahi guru-guru mereka pelbagai hadiah sempena sambutan ________ peringkat sekolah setiap tahun.
            A  Hari Ibu                              C  Hari Guru
            B  Hari Bapa                           D  Hari Pekerja

7.         Tunku Abdul Rahman telah dianugerahi gelaran ________ .
            A  Bapa Keamanan                 C  Bapa Pemodenan
            B  Bapa Kemerdekaan            D  Bapa Perpaduan

8.         Negeri ________ juga dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia.
            A  Johor                                  C  Kelantan
            B  Pahang                                D  Kedah

9.         Orang ramai telah berkunjung ke ________ untuk melihat gerhana matahari yang berlaku baru-
baru ini.
            A  Bangunan KLCC               C  Planetarium Negara
            B  Menara Kuala Lumpur       D  Pusat Dagangan Dunia

10.       Ramai pembesar negara hadir ke ________ untuk meraikan istiadat pertabalan Yang Dipertuan
Agung.
            A  Istana Negeri                      C  Dewan Merdeka
            B  Istana Negara                     D  Bangunan Parlimen

11.       Hukuman gantung sampai mati telah dijatuhi oleh ________ kepada pengedar dadah itu.
            A  Peguam Kamal                   C  Perdana Menteri
            B  Ketua Polis                         D  Hakim Gopal Singam

12.        Pameran Pertunjukkan Akrobatik Maritim Antarabangsa ( LIMA ) telah diadakan di ________.
            A  Pulau Pinang                      C  Pulau Pangkor
            B  Pulau Langkawi                 D  Pulau Redang

13.       Pesakit  yang malang itu merayu orang ramai untuk mendapatkan derma bagi menjalani rawatan di ________ .
            A  Institut Aminuddin Baki   C  Institut Pengajian Tinggi
            B  Institut Jantung Negara      D  Institut Perguruan

14.       Seekor lembu peliharaan Pak Mail telah mati dibaham oleh ________ ketika meragut rumput di hujung kampung.
            A  Sang Kancil                        C  Sang Rangkak
            B  Pak Belang                         D  Pak Bedal
15.       Abang membawa kami ke ________ untuk menyaksikan tayangan filem hindustan.
            A  Pusat Sivik                         C  Dewan Pleno
            B  Pawagam Odeon                D  Taman Tasik

16.       ________ merupakan seorang pahlawan Melayu Melaka yang tersohor pada zaman dahulu.
            A  Tok Dalang                                    C  Hang Li Po
            B  Tok Selampit                      D  Hang Tuah

17.       Banyak rumah yang telah musnah akibat dilanda bencana ________ beberapa tahun yang lepas.
            A  Chikungunya                      C  Tsunami
            B  Malaria                               D  Gerhana

18.       Negeri Sarawak menjadi tuan rumah ________ peringkat kebangsaan .
            A  Pesta Ria                            C  Pesta Tani
            B  Pesta Air                             D  Pesta Heboh

19.       Pasukan Brazil telah memenangi Kejohanan Bola Sepak ________ yang berlangsung di Jerman .
            A  Piala Emas                          C  Piala Dunia
            B  Piala Agung                        D  Piala Thomas

20.       Kempen ________ sedang giat dijalankan untuk membentuk masyarakat penyayang.
            A  Bahasa Jiwa Bangsa           C  Cintai Bahasa
            B  Budi Bahasa Budaya Kita D  Sayangi Budi  Bahasa Kita

KATA NAMA KHAS

  
1.             Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2.             Benda‑benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda‑benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
    a)     benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
     b)     orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
    c)      binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
   d)     tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi

Tuesday 17 July 2012

AKU SEBUAH RADIO

Aku Sebuah Radio




Nama aku Suria. Aku ialah sebuah radio. Aku dibuat daripada plastik dan besi. Aku mempunyai beberapa butang yang boleh dilaras untuk mendengar siaran radio di seluruh negara. Di samping itu, aku juga berfungsi sebagai alat pemain cakera padat.
Aku diproses di sebuah kilang elektronik. Setelah semua komponen aku lengkap diisi, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap diperiksa, aku dibungkus dan dihantar ke kedai menjual peralatan elektrik.Sampai sahaja di kedai menjual peralatan elektrik, aku dan kawan-kawanku dipamerkan di rak kaca yang disediakan.
Aku berharga RM115. Sejak hari itu, aku dan kawan-kawanku menunggu untuk dibeli oleh pelanggan. Pada suatu hari, seorang wanita datang untuk membeli sebuah radio untuk anaknya. Dia tertarik akan rupa bentuk aku. Setelah meneliti keistimewaan aku, dia pun membeli aku.
Kemudian, aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku dihadiahkan kepada anaknya yang bernama Amri. Amri gembira kerana dapat memiliki aku. Amri menggunakan aku hampir setiap hari tanpa henti. Aku dibuka dengan suara yang kuat sehingga membingitkan telinga abangnya, Ifran yang sedang belajar.
Pada suatu hari, kesabaran Ifran tidak dapat disekat lagi. Ifran sangat marah karana Amri membuat bising dengan membuka suara aku dengan kuat. Dia menegur perbuatan Amri itu tetapi tidak diendahkan. Semasa mereka sedang bergaduh, Ifran dengan tidak sengaja telah menolak aku ke lantai. Aku terhempas ke lantai lalu pecah. Banyak komponen-komponen di dalam badanku tercabut.
Akhirnya, aku tidak dapat digunakan lagi. Aku berasa sangat sedih.Aku telah dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagai sebuah radio.

AKU SEBUAH KERETA


Aku Sebuah Kereta


Nama aku Perwira. Aku ialah sebuah kereta buatan Malaysia. Aku dibuat daripada besi, plastik, getah dan kaca. Aku mempunyai badan, stereng, kerusi dan roda. Stereng, brek dan pemacu aku berfungsi sebagai alat mengawal kenderaan.
Aku dibuat di sebuah kilang kenderaan di Shah Alam. Setelah semua komponen badanku lengkap dipasang, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap diperiksa, aku dihantar ke pusat pameran jualan kereta. Sampai sahaja di pusat pameran menjual kereta, aku dan kawan-kawanku dipamerkan di ruang yang disediakan.
Badanku berwarna merah dan berharga RM55,000. Sejak hari itu, aku dan kawan-kawanku menunggu untuk dibeli oleh pelanggan. Pada suatu hari, datang seorang wanita yang hendak membeli sebuah kereta untuk kegunaannya sendiri. Dia tertarik akan warna aku. Setelah meneliti keistimewaan aku, dia pun membeli aku.
Kemudian, aku dipandu pulang ke rumahnya. Dia menggunakan aku hampir setiap hari tanpa henti. Saban hari aku digunakan oleh tuanku untuk pergi bekerja dan menghantar anaknya ke sekolah. Pada waktu malam pula, aku digunakan oleh anak lelakinya untuk bersiar-siar dengan kawan-kawannya. Pada ketika inilah aku berasa sangat tidak selesa kerana diperlakukan secara kasar oleh anaknnya.
Pada suatu malam, anak lelakinya menggunakan aku untuk menghadiri jamuan hari jadi kawannya. Aku dipandu dengan laju melebihi had yang dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu 130 km sejam. Aku gagal dikawal lalu terbabas dan terlanggar sebatang pokok. Badanku remuk teruk dan anak tuanku terkorban.
Akhirnya, aku tidak dapat digunakan lagi. Aku dihantar ke kedai menjual besi buruk. Begitulah riwayat hidupku sebagai sebuah kereta.

Sila tonton video ini dan jawab soalan di bawah...
Sila tonton video ini dan jawab soalan yang diberikan....